LONDON, 20 Jan – Tentera laut Diraja Britain kelmarin telah melupuskan bom disyaki peninggalan Perang Dunia II yang ditemui di Sungai Thames berhampiran parlimen Britain, kata polis.
“Tentera telah mengeluarkannya dan melupuskan bom berkenaan dalam tempoh beberapa jam akan datang,” kata Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan.
Pihak tentera telah bergegas ke lokasi beberapa jam selepas polis memindahkan orang ramai dari stesen kereta api bawah tanah Waktu puncak menyaksikan penutupan Westminster Bridge kira-kira 17:15 petang dalam bayangan jam Big Ben Parlimen dan Waterloo Bridge yang telah dibuka semula tidak lama selepas itu.
“Tempoh penutupan jalan-jalan dijangka akan diteruskan sepanjang malam sebagai langkah berjaga-jaga khasnya di pusat bandar London,” kata polis.
Bom berkenaan dikesan selepas selepas pasang surut di Sungai Thames, kata jurucakap polis kepada AFP.
Bom tersebut ditemui di dalam sungai oleh Victoria Embankment berhampiran Horse Guards Avenue di mana terletaknya War Office Building yang telah digunakan oleh kerajaan British semasa Perang Dunia II.
Lebih 12,000 tan metrik bom telah digugurkan di London semasa Perang Dunia II, menurut Muzium Perang Imperial di London. – AFP
































