Bom ragut 1 jiwa, 60 cedera

KABUL, 11 DIS – Sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera akibat letupan bom berdekatan dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini. Letupan tersebut telah memusnahkan beberapa buah kediaman dan hospital yang dalam pembinaan berdekatan dengan Bagram Airfield, kata pegawai yang bertugas.

Serangan yang belum dituntut tersebut telah mendorong pihak Washington meneruskan perbincangan dengan Taliban pada hari Sabtu, selepas Presiden Donald Trump dengan tiba-tiba menghentikan usaha diplomatik yang boleh menamatkan perang terpanjang AS tiga bulan yang lalu.

“Letupan tersebut berlaku di hadapan pintu hospital Korea yang berhampiran dengan lapangan terbang Bagram,” kata jurucakap gabenor Parwan Shahkar, merujuk kepada pangkalan udara AS yang terletak di utara Kabul, di wilayah Parwan.

Hospital tersebut tidak beroperasi pada ketika itu, akan tetapi gabenor daerah Bagram, Abdul Shukor Qudosi berkata sekurang-kurangnya seorang wanita telah terbunuh dan seramai 60 orang awam telah cedera akibat letupan yang merosakkan rumah berdekatan.

Qudoosi menjelaskan letupan tersebut merupakan satu letupan yang kuat daripada kereta pembunuh berani mati, walaupun hal tersebut belum lagi disahkan oleh pegawai lain. Dia juga menambah kejadian tersebut juga diikuti dengan berlakunya insiden tembak menembak.

Ketua polis Parwan, Mahfooz Walizada, juga berkata seorang wanita terbunuh dan lebih 100 orang mengalami kecederaan. – AFP

Keadaan bangunan selepas letupan kereta di utara Kabul, wilayah Parwa, Afghanistan, kelmarin. – AFP