Bom sasar polis, tiga maut

LAHORE, PAKISTAN, 23 JUN – Sebutir bom membunuh tiga orang dan mencederakan 14 yang lain di bandar Lahore, Pakistan hari ini, dalam serangan yang dipercayai pegawai menyasarkan polis dan anggota keselamatan.

Letupan berlaku di luar sebuah rumah berdekatan tempat pemeriksaan di kawasan mewah, kata ketua polis wilayah Inam Ghani.

“Penilaian kami menunjukkan sasaran paling jelas adalah polis dan anggota keselamatan,” kata beliau, menambah letupan dianggap sebagai insiden pengganas. Beliau berkata masih tidak jelas sama ada sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan yang dikawal dari jauh atau seorang pengebom nekad berada di sebalik serangan. – AFP

Pegawai keselamatan memeriksa tapak letupan yang membunuh tiga orang dan mencedera beberapa orang lain di bandar timur Pakistan Lahore kelmarin. – AFP