Bom tepi jalan ragut 10 jiwa

GHAZNI, 13 DIS – Seramai 10 orang awam, termasuk empat wanita dan seorang kanak-kanak telah terbunuh semasa kereta mereka terlanggar bom pinggir jalan di timur Afghanistan kata pegawai hari ini.

Letupan tersebut berlaku di daerah Jaghatu di salah satu wilayah terpencil di Ghazni setelah Amerika Syarikat (AS) dan Taliban menghentikan sementara perbincangan yang berterusan kelmarin.

“Malangnya, dalam letupan tersebut 10 orang termasuk empat wanita dan seorang kanak-kanak telah terbunuh,” jurucakap gabenor wilayah, Aref Noori memberitahu AFP hari ini. Kesemua mangsa letupan merupakan orang awam, tambahnya ada enam orang mangsa lagi yang cedera.

Jurucakap wanita bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Kabul, Marwa Amini, mengesahkan kematian dan letupan tersebut.

Tidak ada yang mengaku bertanggungjawab atas insi-den letupan tersebut. – AFP