Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bom tinggalan PDII ditemui

    BERLIN, 12 MEI – Sebutir bom seberat 100 kilogram dipercayai tinggalan Perang Dunia II (PDII)ditemui di tempat letak kereta sebuah pasar raya di selatan Berlin semalam, memaksa penduduk di kawasan berhampiran untuk berpindah, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Polis memaklumkan bom itu perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum dibersihkan menggunakan mesin air tekanan tinggi.

    Pihak berkuasa turut mengawal sekitar radius 500 meter dari lokasi bom itu ditemui dan bertindak mengosongkan zon itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...