Bom zaman perang dijumpai

KOTA KINABALU, 14 April –  Sebutir bom dipercayai digunakan pada zaman Perang Dunia Kedua ditemukan di Kampung Lobong, Pulau Gaya, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Abd Rakman berkata bom itu dijumpai  seorang penduduk ketika menggali kubur di Kampung Lobong, Pulau Gaya pada pukul 5 petang.

“Pihak polis kemudian ke lokasi kejadian dan mengesahkan objek yang ditemui itu sebutir bom dipercayai digunakan pada zaman Perang Dunia Kedua,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – Bernama