Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bomba Sarawak jalankan rondaan malam

    KUCHING, 20 APRIL – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan melakukan rondaan malam bagi mencegah kes kebakaran pada musim perayaan Aidilfitri di negeri itu bermula hari ini.

    Pengarah JPBM Sarawak Datuk Khirudin Drahman@Hussaini berkata sebanyak 38 balai bomba di seluruh negeri akan terlibat dalam rondaan itu yang membolehkan mereka bertindak lebih cepat jika berlaku kebakaran. 

    “Anggota bomba yang berada di luar balai semasa menjalankan rondaan ini akan dapat memantau keadaan dan boleh bertindak terus jika ada kebakaran kecil,” katanya semasa berucap di Program Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2022 di sini hari ini.

    Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah, yang merasmikan program itu, berkata anggota setiap balai bomba terlibat akan meronda di kawasan dalam lingkungan lima kilometer.

    “Rondaan ini sangat penting bagi keselamatan kita, jadi kita yang dapat tidur nyenyak ini harus berterima kasih kepada pihak bomba,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...