Bomba tarik nafas lega

MADRID, 13 SEPT – Hujan renyai-renyai memberi beberapa ruang bernafas untuk kru-kru yang bergelut hari ini untuk membendung kebakaran hutan ‘besar’ di Sepanyol yang membunuh seorang anggota bomba dan memaksa 2,600 orang berpindah dari rumah mereka.

Kira-kira 500 anggota bomba dan 51 pesawat air telah menangani kebakaran itu, yang para pegawai percayai sengaja dinyalakan Rabu lalu di selatan Malaga, kata kerajaan serantau. Anggota bomba disertai kelmarin oleh 260 askar dari briged kecemasan tentera ketika mereka bergelut memadam kebakaran di pergunungan Sierra Bermeja. – AFP