Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Lapan nama pelanggan bertuah daripada 400 orang pelanggan telah terpilih untuk memasuki cabutan akhir Bonanza Hujung Tahun 2016 Hyundai yang akan diadakan minggu depan.
Cabutan nama-nama berkenaan telah dibuat oleh Pengurus Besar Baiduri Finance, Haji Haliluddin bin Dato Haji Talib, Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Irwan bin Lamit dan Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair sambil disaksikan oleh para jemputan khas pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Hyundai, Beribi, hari ini.
Nama-nama yang terpilih berkenaan ialah Awang Shafiq Hamiezan bin Omar, Yeo Yeu Chuin, Dayangku Nur Amal Quratun’aini binti Pengiran Matusin, Haji Abdul Hamid bin Haji Hussin, Dayangku Siti Yusrima Ceasarina binti Pengiran Haji Mohd Yusop, Nun Iskandar bin Abdul Gani, Nasriah binti Serpini dan Hasnon bin Haji Mohd Salleh, yang akan dihubungi Syarikat Setia Motors Sdn Bhd untuk menghadiri majlis cabutan akhir itu nanti.


Promosi cabutan bertuah yang telah berlangsung dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2016 itu menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti wang tunai $8,888 sebagai hadiah utama, wang tunai $5,000 untuk pemenang kedua dan pemenang ketiga akan menerima iPhone 7 Plus 256GB.
Manakala itu, hadiah keempat adalah Macbook Air 13 inci, kelima Samsung S7 Edge, keenam iPad Mini 4 32GB Wifi, ketujuh Samsung Galaxy C5 32GB dan hadiah kelapan berupa Samsung j5 Prime 16GB.