Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bongkah ais besar terpisah

    LONDON, 24 JAN – Sebuah bongkah ais bersaiz hampir sebesar Greater London telah telah terpisah berhampiran stesen penyelidikan di Antartika, perpecahan kedua sedemikian dalam dua tahun, penyelidik mengumumkan baru-baru ini.

    Kajian Antartika British (BAS) berkata pembentukan gunung ais baharu dalam proses semula jadi yang dipanggil ‘calving’ bukan disebabkan oleh perubahan iklim, yang mempercepatkan kehilangan ais laut di Artik dan sebahagian Antartika.

    Gunung ais berkenaan, berukuran 1,550 kilometer persegi, terpisah dari Brunt Ice Shelf setebal 150 meter, 10 tahun selepas para saintis mula-mula melihat keretakan besar di kawasan itu.

    Proses yang serupa, melibatkan gunung ais seluas 1,270 kilometer persegi, berlaku sekitar setahun yang lalu.

    “Proses ‘calving’ ini telah dijangka dan merupakan sebahagian daripada kejadian semula jadi Brunt Ice Shelf,” kata ahli glasiologi BAS, Dominic Hodgson.

    “Ia tidak dikaitkan dengan perubahan iklim.” – AFP

    “Proses ‘calving’ ini telah dijangka dan merupakan sebahagian daripada kejadian semula jadi Brunt Ice Shelf.” – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...