Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bongkah ais terbesar pecah di Antartika

    PARIS, 20 MEI – Sebuah bongkah ais gergasi yang pecah di Antartika sedang bergerak melalui Laut Weddell, menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA).

    Dipanggil A-76, saiznya adalah lebih kurang bandar Manhattan tetapi 70 kali lebih besar menerusi imej yang diambil dari satelit.

    Menurut ESA semalam, ia adalah bongkah ais terbesar di dunia ketika ini.

    Bongkah ais itu berkeluasan 4,320 kilometer (km) persegi, berkeluasan 170 km panjang dan 25 km lebar.

    Ia sedikit besar dari Pulau Majorca di Sepanyol. Bongkah ais yang didapati pecah di bahagian barat Ronne Ice Shelf, pada asalnya dikesan oleh Tinjauan Antartika Britain dan disahkan menggunakan gambar dari satelit Copernicus.

    Sebelum ini, bongkah ais A-23A yang dianggar bersaiz 3,880km persegi pernah dinobat sebagai terbesar dunia.

    Ia turut dikesan berada di Laut Weddell. Pada November tahun lalu, bongkah ais terbesar pernah bertembung dengan Pulau Atlantik Selatan, menempatkan ribuan penguin dan anjing laut, sekali gus mengakibatkan haiwan berkenaan sukar untuk mencari makanan.

    Sebuah lagi bongkah ais yang dikenali sebagai A68a pernah pecah dari Larsen Ice Shelf kerana kawasan itu mengalami pemanasan cepat berbanding bahagian lain di benua paling selatan bumi.

    Bahagian utama di Semenanjung Larsen Ice Shelf yang dalam keadaan stabil lebih 10,000 tahun, mula pecah dalam tempoh beberapa hari pada 1995 dan kemudiannya berlaku lagi pada 2002. – AFP

    Gambar fail menunjukkan bongkah ais kelihatan berhampiran pulau Kulusuk di kawasan Sermersooqdi tenggara pantai Greenland. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda