Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bonnie antara atlet paralimpik terbaik dunia 2021

    KUALA LUMPUR, 29 DIS – Pencapaian luar biasa buat atlet para Malaysia, Bonnie Bunyau Gustin (gambar bawah) pada tahun 2021 ini.

    Beliau bukan sahaja menghadiahkan pingat emas pertama dalam acara powerlifting di Sukan Paralimpik Tokyo pada Ogos lepas, malah ‘Badang’ kelahiran Sarawak sekali lagi mencuri tumpuan apabila disenaraikan antara atlet para lelaki terbaik 2021 oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), baru-baru ini.

    Rentetan kecemerlangan atlet bersaiz kerdil itu bermula dengan kejayaannya memecah rekod dunia apabila melakukan angkatan 230 kilogram (kg) pada Piala Dunia Powerlifting Para ke-11 di Dubai dalam kategori 72kg sekali gus memadam rekod 229kg milik atlet Iran Roohallah Rostami ketika Sukan Para Asia 2018 di Indonesia, untuk meraih pingat emas.

    Walaupun tidak berjaya mencipta rekod baharu pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo dua bulan selepas itu, namun Bonnie tetap mempamerkan penguasaannya apabila mencipta rekod baharu temasya selepas melakukan angkatan 228kg, mengatasi rekod sebelumnya 227kg yang dilakukan atlet dari Iraq Rasool Mohsin di Rio 2016.

    Atlet paralimpik berusia 22 tahun itu meneruskan dominasinya pada kejohanan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia awal bulan ini apabila dinobatkan selaku juara dunia dengan angkatan 210kg pada kejohanan dwitahunan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...