Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bonucci ucap selamat tinggal

    ROM, 16 Julai – Pemain pertahanan antarabangsa Itali, Leonardo Bonucci mengucapkan terima kasih kepada penyokong Juventus, menerusi siaran akhbar setempat, atas sokongan mereka selepas dia bersetuju membuat perpindahan mengejut ke pasukan pesaing, AC Milan.

    Bonucci, 30, menyertai Milan dengan perjanjian selama lima tahun selepas tujuh musim di Turin, di mana dia telah memenangi enam gelaran Serie A berturut-turut dengan Juventus dan bermain dalam dua final Liga Juara-Juara.

    “Tujuh musim sudah berlalu. Tujuh musim penuh kemenangan, impian tercapai, kematangan diperoleh, terima kasih atas hubungan hebat dengan Juve,” menurut kenyataan Bonucci dalam akhbar harian sukan, Gazzetta dello.

    Pemain pertahanan Itali, Leonardo Bonucci melambai tangan kepada para penyokong selepas dia berjalan keluar dari ibu pejabat AC Milan, Itali pada 14 Julai 2017. – AP
    Pemain pertahanan Itali, Leonardo Bonucci melambai tangan kepada para penyokong selepas dia berjalan keluar dari ibu pejabat AC Milan, Itali pada 14 Julai 2017. – AP

    “Saya sejujurnya telah memberikan segala-galanya hingga akhir. Saya telah menerima, memberi dan belajar. Dan apa yang saya lihat hari ini, mengimbas kembali, adalah kisah yang selayaknya berakhir dengan penuh rasa hormat dan kasih, tanpa mempersoalkan apa yang telah lalui bersama kelab, kapten, rakan sepasukan dan penyokong,” tambahnya.

    Ketibaan Bonucci di Milan hadir selepas pelaburan besar-besaran dari juara Eropah sebanyak tujuh kali itu susulan penjualan kelab oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi kepadan konsortium China pada bulan April.

    Milan berada di kedudukan keenam dalam Serie A musim lepas, kedudukan tertinggi kelab sejak kempen 2012-13, dan berhasrat untuk kembali ke Liga Juara-Juara selepas terlepas selama empat tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda