Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Booker pimpin Suns belasah Heat

    WASHINGTON, 10 MAC – Devin Booker kembali daripada ketidakhadiran empat perlawanan untuk membantu Phoenix membelasah Miami 111-90 semalam dalam saingan pemimpin Conference, menjamin satu tempat dalam playoff NBA untuk Suns.

    Booker, kembali selepas diketepikan oleh protokol COVID, menjaringkan 23 mata, mengutip sembilan assist, lapan rebound, melakukan dua rampasan bola dan menyekat dua jaringan untuk pasukan pelawat, yang meningkat kepada 53-13.

    “Saya hanya mahu mencari rentak permainan saya,” kata Booker. “Saya mempunyai cuti seminggu. Saya bersemangat untuk kembali.”

    Kemenangan itu adalah penting untuk Suns, yang tewas 123-100 kepada Miami di Phoenix pada 8 Januari.

    “Mereka datang ke gelanggang kami dan mengalahkan kami, maka kami mahu menebus kekalahan di sini,” kata Booker. “Kami tahu ia akan menjadi perlawanan sukar tetapi saya suka cara kami bermain.”

    Mikal Bridges menambah 21 mata untuk Phoenix sementara pemain utama Bahamas Deandre Ayton menyumbang 19 mata dan 10 rebound.

    Duncan Robinson memimpin Miami dengan 22 mata. Heat beraksi tanpa bintang Jimmy Butler, tersingkir kerana masalah sinus.

    Pasukan The Suns menambah pendahuluan mereka dalam kejohanan Western Conference kepada 8.5 perlawanan ke atas Memphis dengan menyingkirkan kelab teratas dalam Eastern Conference, Heat kepada 44-23. Phoenix, yang kehilangan kejuaraan NBA Finals tahun lalu kepada Milwaukee, meningkat kepada 22-0 musim ini apabila mengekalkan pencabar di bawah 100 mata dan menjadi pasukan pertama yang menjamin satu kedudukan selepas musim.

    “Playoff sudah bermula,” kata Booker. “Kami tidak sabar-sabar untuk mengambil bahagian. Kami tidak mahu kecundang lagi.” – AFP

    Aksi pemain Phoenix Suns Devin Booker (kiri) melepaskan diri daripada Kyle Lowry semasa perlawanan bola keranjang NBA pada 9 Mac 2022 di Miami. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...