Boomerang dalam WhatsApp

Boomerang adalah aplikasi daripada Instagram yang menghasilkan video loop pendek.

Ia digunakan untuk dikongsi kepada orang ramai, dengan merakam aksi-aksi lucu, atau detik-detik yang pasti akan terkenang dalam memori.

Pada asalnya ia adalah aplikasi berasingan dan kini disatukan dalam Instagram. Instagram dan WhatsApp adalah milik Facebook. Jadi terkini wabetainfo melaporkan yang fungsi menyunting video loop seakan Boomerang akan hadir untuk WhatsApp.

Menurut sumber, fungsi ini sedang dibangunkan dan ia akan disertakan dalam bentuk seakan pengguna menghantar video. Selepas video disunting, pengguna boleh menghantar kepada sesiapa atau kongsi di Status.

Memandangkan pengguna WhatsApp yang menggunakan WhatsApp Status ini semakin ramai, ia adalah satu fungsi yang menarik untuk disertakan sekali. Tiada informasi bila ia akan diperkenalkan secara rasmi. Kita mungkin akan lihat kehadirannya dalam masa akan datang.

Sama-sama kita nantikan. – Agensi