Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Borang pendaftaran haji kini boleh didapati

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa borang permohonan untuk mendapatkan Pengurniaan Tambang Menunaikan Fardu Haji bagi Musim Haji Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi telah mula diedarkan hari ini (16 Januari).

    Sehubungan itu, pegawai dan kakitangan kerajaan sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara yang berhasrat untuk mendapatkan borang pengurniaan tambang tersebut bolehlah mendapatkannya di Unit Kurnia Tambang, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan Baru, KHEU, Jalan Menteri Besar atau Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

    KHEU dalam kenyataan menyatakan bahawa tarikh tutup mengembalikan borang permohonan adalah pada 16 Mac.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda