Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Boris Johnson terselamat undi tidak percaya

    LONDON, 7 JUN – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya dalam kalangan Ahli Parlimen Konservatif, sekali gus menjamin kedudukannya.

    Johnson menang dengan sokongan 211 daripada 359 Ahli Parlimen, menurut keputusan yang diumumkan pengerusi kumpulan parlimen Parti Konservatif, Jawatankuasa 1922, Graham Brady.

    “Saya mengumumkan bahawa Ahli Parlimen mempunyai keyakinan terhadap Perdana Menteri,” kata Brady, lapor Xinhua.

    Usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Johnson tercetus selepas bilangan Ahli Parlimen menyerahkan surat tidak percaya kepada Brady mencecah 54, atau 15 peratus anggota Konservatif.

    Dengan keputusan berpihak kepadanya pada Isnin lalu, Johnson tidak akan berdepan satu lagi usul undi tidak percaya dalam tempoh setahun, seperti termaktub dalam peraturan Parti Konservatif.

    Perdana menteri itu dibelenggu skandal partygate sejak beberapa bulan lalu, yang melibatkan Johnson dan kakitangannya di Downing Street semasa sekatan pergerakan COVID pada 2020 dan 2021.

    Beliau didenda polis Britain pada April kerana menghadiri satu parti, menjadikannya perdana menteri pertama dalam sejarah negara menerima hukuman kerana melanggar undang-undang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...