Boris Johnson tetapkan tarikh perkahwinan

LONDON, 24 MEI – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan tunangnya, Carrie Symonds telah menetapkan tarikh perkahwinan tahun depan selepas menangguhkan rancangan mereka disebabkan pandemik, lapor akhbar tabloid The Sun hari ini.

Johnson menjadi perdana menteri kedua yang pernah mengadakan majlis perkahwinan semasa berkhidmat, selepas Robert Jenkinson pada 1822.

Pasangan itu telah menghantar kad ‘tandakan tarikh itu’ bagi 30 Julai tahun hadapan, lapor The Sun.

Pasangannya Symonds berusia 33 tahun bekas ketua komunikasi bagi Parti Konservatif, melahirkan anak lelaki mereka, Wilfred pada April tahun lalu. – AFP

Gambar fail Boris Johnson bersama tunangnya, Carrie Symonds pada 9 Mac. – AFP