Bornemouth batal hasrat

LONDON, 15 APRIL – Bornemouth menjadi kelab Liga Perdana Inggeris untuk membatalkan keputusan mereka untuk menghadapkan bantuan kewangan dari kerajaan Britain untuk pakej bantuan membenarkan kakitangan untuk mengambil cuti kelmarin.

Dengan banyak industri di Britain terpaksa ditutup kerana koronavirus, kerajaan UK telah melancarkan satu skim yang mana 80 peratus dari gaji paling maksimum sebanyak £2,500 sebulan akan dijamin semasa krisis ekonomi yang disebabkan oleh pandemik itu.

Tetapi kelab-kelab Liga Perdana Inggeris telah berdepan dengan kritikan kerana mereka cuba untuk menggunakan skim tersebut bagi kakitangan mereka tanpa mengurangkan gaji pemain yang berpendapatan besar.

Pendahulu liga, Liverpool dan Tottenham Hostspur, kedua-duanya telah menarik semula rancangan mereka untuk mengambil kesempatan ke atas skim tersebut berikutan bantahan orang ramai dan kelab pantai Selatan, Bournemouth telah membuat keputusan yang sama.

Dalam kenyataan Bournemouth berkata niat mereka adalah ‘betul’ tetapi menambah: “Kami mengambil maklum tahap kritikan yang diterima oleh kelab Liga Perdana Inggeris yang memohon skim itu. – AFP