Monday, January 20, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bos Mexico kecam permainan Sweden

    YEKATERINBURG, 28 Jun – Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio berkata bahawa dia ‘sangat kecewa’ dan mengecam gaya bola sepak Sweden meskipun pasukannya mara ke pusingan kalah mati selepas tewas 3-0.

    Sweden, yang pada separuh masa pertama dalam proses meninggalkan Rusia, telah menjaringkan tiga gol di separuh masa kedua dengan kemenangan selayaknya.

    Mexico, sebaliknya berharap Jerman gagal menewaskan Korea Selatan dalam satu lagi aksi kumpulan itu, apabila ketegangan semakin meningkat menghampiri penghujungnya.

    Dan nasib menyebelahi Mexico apabila Jerman kecundang 2-0 di saat-saat akhir, dengan penyokong Mexico di Yekaterinburg Arena bergembira meraikan gol-gol Korea Selatan.

    Tetapi Osoria jauh daripada gembira dan pasukannya perlu bermain lebih baik jika mahu pergi jauh di pusingan kedua buat pertama kali sejak 1986.

    Juan Carlos Osorio ketika meng-hadiri sidang media sebelum sesi latihan pasukan di pusat latihan Novogorsk. – AFP

    “Pertama sekali, saya perlu katakan kami layak kerana kami menewaskan Jerman dan Korea Selatan. Namun saya sangat kecewa,” katanya. “Kami membiarkan mereka menjaringkan tiga gol, yang mana bagi saya terlalu banyak. Saya tidak gembira dengan cara kami bertahan, ia satu pengajaran bagi saya.”

    Dia menganggap kelayakan itu sebagai ‘pahit manis’ dan menyatakan dia tidak menyukai pendekatan bola jauh Sweden.

    “Saya tidak menyukai cara permainan itu. Saya tidak setuju. Selalu dari penjaga gol kepada penyerang, bukan bermain dari bawah. Ia sungguh mengejutkan untuk sedar anda boleh bermain dengan cara itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda