Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bosan lakonan mendatar

    Song Hye Kyo tidak disangkal antara pelakon wanita terbaik Korea Selatan yang jelas legasinya terus kukuh. Kualiti lakonannya tidak pernah luntur.

    Namun begitu, teraju siri The Glory itu mengaku dia dahagakan cabaran untuk memuaskan diri sebagai pelakon. Dia enggan terikat dengan tawaran watak yang akhirnya membuatkan corak lakonannya mendatar.

    Dia pernah berdepan situasi di mana minat terhadap berlakon tiba-tiba pudar. Disebabkan tawaran membintangi The Glory, semangatnya untuk terus mempamerkan lakonan terbaik kembali berkobar.

    “Saya sentiasa bersungguh mengenai lakonan, tapi pada tahap saya rasa lelah kerana tidak berpeluang cuba projek yang berbeza dan pelbagai. Kemampuan saya mula mendatar.

    “Bahkan saya meletakkan diri sebagai penonton di mana jika saya lihat diri sendiri, saya tak rasa seronok. Kesannya, saya hilang minat terhadap lakonan untuk seketika waktu.

    Song Hye Kyo sentiasa diingati dengan watak berat dan serius. – All Kpop

    “Namun ketika terbabit projek The Glory, rasa cinta terhadap lakonan kembali menyala.

    Watak-watak menyusul selepas itu lebih banyak berbanding terdahulu,” katanya.

    Song Hye Kyo sentiasa diingati dengan watak berat dan serius. Kebanyakan kisah cinta penuh emosi sudah menjadi makanannya, selain penonton memang tahu kualiti lakonannya cemerlang.

    Hal itu sebenarnya tidak cukup buat pelakon terbabit secara peribadi. Katanya, banyak lagi cabaran ingin dibuktikannya menerusi watak lakonannya dalam projek akan datang.

    “Masih banyak genre saya belum terokai. Sudah banyak kisah melodrama saya jayakan, namun lagi banyak genre lain belum saya cuba.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda