Boston Celtics teruskan kemenangan

BOSTON, 10 DIS – Kemba Walker memimpin jaringan seimbang Boston dengan 22 mata, Gordon Hayward memperoleh 14 mata setelah kembali pulih daripada kecederaan tangan patah dan Celtics terus mempertahankan rekod tanpa tewas di laman sendiri dengan kemenangan 110-88 ke atas Cleveland Cavaliers, kelmarin.

Jaylen Brown memperoleh 20 mata dan tujuh rebounds, Jayson Tatum menambah 19 mata dengan 11 boards dan Daniel Theis menjaringkan 10 mata untuk Boston, yang meningkat kepada 10-0 di TD Garden.

Jordan Clarkson memimpin Cleveland dengan 19 mata dan Tristan Thompson dengan 17 mata dan 11 rebounds. Pasukan Cavaliers mengalami tujuh kekalahan berturut-turut dan 13 daripada 14 perlawanan.

Hayward kembali betul-betul sebulan selepas mengalami kecederaan patah tangan kiri ketika dia bertembung dengan pemain San Antonio LaMarcus Aldridge sebagai orang kuat Spurs dan insiden itu dipaparkan di dalam skrin.

Hayward hanya bermain untuk 26 minit dan menamatkan permainan dengan lima rebounds dan empat assists.

Dia dijangka memerlukan kira-kira enam minggu untuk pulih daripada kecederaan.

Tetapi dia berkata pada hujung minggu lalu, kecederaan tulangnya telah sembuh dan berterima kasih kepada plat pelindung dengan skru yang membantu proses penyembuhannya dan berkata mungkin tulangnya akan lebih kuat daripada sebelumnya. – AP

Gordon Hayward meluru ke jaring menentang pemain Cleveland Cavaliers, Cedi Osman semasa suku pertama perlawanan bola keranjang NBA di Boston. – AP