Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Boston enggan bedah pesakit belum divaksinasi

    BOSTON, 27 JAN – Sebuah hospital di Boston enggan melakukan pemindahan jantung ke atas pesakit yang belum diberi vaksin COVID-19, lapor media televisyen Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

    Jurucakap Hospital Brigham and Women’s mengesahkan dalam satu kenyataan kepada AFP bahawa vaksinasi terhadap COVID-19 ‘diperlukan’ untuk penerima pemindahan organ di sana.

    Bapa pesakit, David Ferguson, muncul di saluran berita CNN dan ABC untuk berkongsi kisah keluarga itu, berkata anak lelakinya yang berusia 31 tahun berada ‘di ambang kematian’ dan ‘sangat terdesak’ menunggu pemindahan jantung.

    Pesakit itu, yang telah beratur untuk pemindahan di hospital Boston, telah menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

    “Ia agak bertentangan dengan prinsip asasnya, dia tidak mempercayainya,” kata Ferguson kepada ABC.

    “Ia adalah dasar yang mereka laksanakan dan kerana dia tidak akan mendapat suntikan, mereka mengeluarkannya daripada senarai pemindahan jantung,” kata bapanya. – AFP

    Pesakit kelihatan dirawat di sebuah hospital di Boston. Doktor di sebuah hospital bandar itu enggan melakukan pemindahan jantung ke atas pesakit yang belum diberi vaksin COVID-19. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...