Bosz jangka Havertz, Volland tidak akan kembali

BERLIN, 31 OGOS – Kai Havertz besar kemungkinan akan menyertai Chelsea sementara Kevin Volland hampir pasti akan menandatangani perjanjian bersama pasukan Perancis, AS Monaco, menurut ketua jurulatih Bayern Leverkusen, Peter Bosz hari ini.

Bosz berkata dia ‘tidak akan menjangkakan’ kedua-dua pemain tersebut kembali selepas perlawanan bersama pasukan kebangsaan sebelum menambah, “Dalam bola sepak, ia akan sentiasa gagal pada penghujungnya.”

Havertz, pemain tengah berusia 21 yang telah membuat penampilan untuk pasukan kebangsaan dua tahun lalu, adalah salah seorang pemain muda yang sangat menguja untuk disaksikan dalam perlawanan liga Jerman.

“Sejujurnya, rundingan telah berlangsung semenjak sekian lama dan saya beranggapan adalah lebih baik Kai meninggalkan kelab berbanding terus berada di sini,” kata jurulatih Belanda yang terlepas peluang untuk beraksi dalam kelayakan Liga Juara-Juara selepas menamatkan di tempat kelima musim lalu di Bundesliga.

Sebelum krisis koronavirus melanda, Leverkusen telah meletakkan harga bernilai 100 juta euro (AS$120 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain muda berbakat besar, Havertz.

Pasukan dari Liga Perdana Inggeris, Chelsea telah menandatangani seorang lagi bintang Bundesliga iaitu Timo Werner dari Leipzig dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar 53 juta euro.

Sementara itu, penyerang Volland, yang kini berusia 28 tahun, telah membuat 10 penampilan untuk skuad kebangsaan Jerman dan menjaringkan 44 gol Bundesliga dalam empat musim bersama Leverkusen.

“Jika anda bertanya kepada saya untuk menjangka mereka akan kembali, jawapan saya adalah jelas, tidak!” kata Bosz. – AFP

Kai Havertz yang berlepas bersama pasukan kebangsaan Jerman untuk menyertai Liga Kebangsaan pada 3 September. Pengurus Leverkusen, Peter Bosz menjangkakan Havertz dan Kevin Volland tidak lagi akan menyertai kelab selepas perlawanan pasukan kebangsaan. – AFP