Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Bot karam, 145 dikhuatiri maut

    KINSHASA, CONGO, 20 JAN — Kira-kira 145 penumpang hilang dan dikhuatiri maut selepas bot bermotor yang sarat dengan barangan dan haiwan karam pada waktu malam di sungai, barat laut Congo, menurut pihak berkuasa baru-baru ini.

    Kira-kira 55 orang terselamat daripada bencana itu, kata pegawai. Bot itu dalam perjalanan ke negara jiran Republik Congo apabila ia terbalik di Sungai Lulonga lewat Selasa berhampiran bandar Basankusu.

    Jean-Pierre Wangela, presiden kumpulan masyarakat awam di kawasan itu, memberitahu wartawan bahawa sekurang-kurangnya 145 orang hilang. Dia menyatakan muatan yang berlebihan merupakan punca kepada insiden berkenaan.

    “Tiada pengangkutan lain pada masa ini di wilayah kami dan di sini di wilayah Basankusu,” katanya.

    Bot karam yang menyebabkan berpuluh-puluh kematian adalah perkara biasa di kawasan Congo yang terpencil, di mana perjalanan melalui jalan raya kadang-kadang mustahil. Terdapat banyak bot yang sarat dengan barangan dan orang yang tidak tahu berenang. Operasi menyelamat adalah amat terhad di kawasan terpencil di negara ini.

    Pada bulan Oktober lalu, lebih 40 orang maut di Sungai Congo di wilayah Equateur dalam situasi yang sama. – AP

    Bot karam yang menyebabkan berpuluh-puluh kematian adalah perkara biasa di kawasan Congo yang terpencil, di mana perjalanan melalui jalan raya kadang-kadang mustahil. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...