Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Bot karam, 23 warga China masih hilang

    PHNOM PENH, 23 SEPT – Lebih daripada 20 orang warga China hilang di laut selepas bot yang mereka naiki karam di pantai Kemboja, menurut kenyataan pegawai hari ini.

    Bot yang membawa 41 orang warga China itu mengalami masalah di Sihanoukville kelmarin, jurucakap wilayah Preah Sihanouk, Kheang Phearom memberitahu AFP, dan hanya 18 daripada penumpang bot berjaya diselamatkan setakat ini.

    Sihanoukville merupakan sebuah perkampungan nelayan yang sunyi sebelum ini, telah berubah setelah pelaburan besar-besaran dari China sejak beberapa tahun kebelakangan, yang membuka puluhan kasino. Tetapi semakin banyak laporan menyatakan pekerja-pekerja China diperdagangkan atau diseludup untuk bekerja di bandar itu secara haram.

    Kheang Phearom berkata polis sedang menyoal siasat mereka yang diselamatkan sementara usaha mencari yang lainnya diteruskan.

    “Kami sedang mencari 23 orang yang masih hilang,” katanya. – AFP

    Sebahagian warga China yang terselamat dari bot yang karam di sebuah pulau di Preah Sihanouk, barat daya Kemboja. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...