Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Bot karam di pulau Jepun, satu maut, enam hilang

    TOKYO, 6 MAC – Seorang meninggal dunia dan enam hilang, kata pengawal pantai Jepun hari ini, selepas sebuah bot karam dikesan di perairan pulau kecil Senkaku yang dikawal Tokyo, yang juga dituntut oleh China.

    Tidak jelas di mana bot itu pada mulanya terbalik tetapi kelmarin seorang peronda tentera laut Jepun melihat ia hanyut di perairan utara pulau itu, jurucakap pengawal pantai Keisuke Nakao memberitahu AFP.

    Anak kapal merupakan seorang warga Taiwan dan enam warga Indonesia, tambahnya.

    “Pada sekitar 9:15 pagi, hari ini mayat ditemui di dalam kabin oleh penyelam, dan ID pada mayat itu menunjukkan ia merupakan lelaki Indonesia,” kata seorang lagi jurucakap, Masaya Tokita.

    Pengawal pantai telah menjalankan pencarian di kawasan itu dengan kapal peronda dan helikopter sejak menerima maklumat mengenai bot yang terbalik kelmarin daripada Pasukan Pertahanan Maritim.

    Pegawai pengawal pantai berkata pihak berkuasa Jepun sedang bekerjasama dengan rakan sejawatan mereka di Taiwan, yang juga menuntut kepulauan Senkaku. Beijing memanggil wilayah yang tidak berpenghuni sebagai Kepulauan Diaoyu.

    Kementerian Luar Taiwan mengesahkan dalam satu kenyataan kapal itu merupakan bot nelayan berdaftar Taiwan, dan disyaki terbalik berhampiran salah satu Kepulauan Senkaku.

    “Pusat Perintah Penyelamat Negara telah menghubungi bot nelayan Taiwan dekat lokasi nahas untuk membantu pencarian. Pengawal pantai Taiwan dan Jepun juga telah menghantar kapal untuk mencari dan menyelamat,” menurut kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...