Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bot Karam: Enam ditemukan lemas, tujuh selamat

    PONTIAN, 18 JAN – Seramai tujuh pendatang tanpa izin yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam akibat dipukul ombak kuat di perairan Pontian awal pagi tadi, seorang daripadanya terselamat manakala enam lagi ditemukan lemas di kedudukan 3.5 batu nautika dari lokasi kejadian.

    Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Nurul Hizam Zakaria berkata sebelum itu, empat wanita dan dua lelaki diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan pada 10 pagi tadi, dan dengan penemuan terbaharu itu menjadikan kesemua 13 penumpang telah dijumpai. 

    “Dua mayat wanita dan seorang wanita terselamat ditemukan pada 1 tengah hari, kemudian empat mayat wanita terapung lengkap berpakaian dijumpai pada pukul 2:30 petang. Dengan penemuan terbaharu itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) ditamatkan pada pukul 3:45 petang ini,” katanya.

    Bercakap kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat Jeti Persatuan Nelayan Pontian, Pontian Besar, di sini hari ini, Nurul Hizam berkata menurut siasatan awal bot itu yang dipandu dua tekong lelaki dan membawa 11 wanita bertolak dari Pulau Jalung, Batam, kira-kira pukul 9 malam tadi.

    “Bagaimanapun, sebelum sampai ke destinasi, bot tersebut dipercayai dipukul ombak kira-kira setinggi 1.5 meter hingga tiga meter, di kedudukan 4.2 batu nautika dari perairan Pontian, tengah malam tadi,” katanya.  

    Pada operasi Carilamat berkenaan yang diaktifkan pada pukul 10:20 pagi, seramai 58 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi turut terlibat. 

    Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohamad Shofee Tayib berkata kesemua mereka yang berumur antara 25 hingga 35 tahun itu dipercayai mahu masuk ke negara ini secara haram, melalui jeti di Api-Api, di sini. – Bernama

    Enam pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ditemukan selamat, manakala tujuh lagi dipercayai masih hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak kuat di perairan Pontian, awal pagi kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...