Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Bot laju karam, 8 maut

Anggota pasukan mencari dan menyelamat Indonesia cuba untuk membantu para penumpang dari bot yang karam di Tarakan pada 25 Julai. Kira-kira lapan orang termasuk seorang kanak-kanak maut manakala dua pelancong Jerman antara mereka yang diselamatkan selepas bot laju itu tenggelam di luar pantai Borneo. – AFP

JAKARTA, 25 Julai – Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dan dua pelancong Jerman antara mereka yang berjaya diselamatkan selepas sebuah bot laju tenggelam di luar pantai Borneo hari ini.

Saksi menggambarkan penumpang melompat ke dalam air tanpa baju keselamatan tatkala bot – membawa 51 orang – tenggelam di luar sebuah pelabuhan yang sibuk di Indonesia, manakala penumpang lain dikhuatiri terperangkap di dalam bot, kata pegawai menyelamat.

“Bot hanya belayar selama kira-kira 10 minit apabila ia dilanda ombak. Ia mulai senget dan tenggelam, apabila ia masih berada hampir dengan pelabuhan,” kata Octavianto, jurucakap agensi mencari dan menyelamat tempatan, yang seperti kebanyakan warga Indonesia menggunakan satu nama.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -