Bot nelayan bawa 202 etnik Rohingya ke M’sia

KUALA LUMPUR, 5 APRIL – Malaysia hari ini menahan 202 suspek Rohingya Islam yang tiba secara haram menggunakan bot, kata pegawai atasan, menimbulkan kebimbangan penyeludup manusia bergiat semula di tengah-tengah penularan pandemik koronavirus.

Timbalan Pengarah Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia, Zulinda Ramly memberitahu AFP, sebuah bot nelayan besar membawa suspek pelarian Rohingya ke pulau peranginan Langkawi.

Malaysia menjadi destinasi pilihan penghijrah dari Myanmar ketika negara itu mempunyai ramai penduduk beragama Islam dengan diaspora ramai Rohingya.

Dengan beberapa peluang pekerjaan dan pendidikan di Myanmar atau kem pelarian di Bangladesh, ribuan cuba untuk menyusup masuk ke negara-negara Asia Tenggara.

Zulinda berkata para penghijrah telah ditahan oleh pihak berkuasa maritim untuk disoal siasat dan akan diserahkan kepada para pegawai imigresen. – AFP

Gambar yang diserahkan pada 5 April menunjukkan bot kayu membawa suspek pelarian Rohingya yang ditahan di perairan wilayah Malaysia, luar Langkawi. – AFP