SEOUL, 9 DIS – Sebuah bot nelayan karam selepas berlanggar dengan tongkang pasir di perairan berhampiran pantai tenggara Korea Selatan awal pagi tadi, membunuh tujuh anak kapal dan seorang lagi masih hilang, menurut pihak pengawal pantai dan jabatan bomba tempatan.
Bot nelayan seberat 29 tan itu membawa lapan penumpang, terdiri daripada tiga warga Korea Selatan dan lima warga Indonesia, karam selepas bertembung dengan sebuah tongkang seberat 456 tan di perairan berhampiran bandar Gyeongju, kata Kim Eul-dong, seorang pegawai di pengawal pantai Pohang.
Puluhan petugas kecemasan, bersama 15 kapal pengawal pantai dan enam helikopter, telah dikerahkan untuk mencari seorang penumpang yang masih hilang, warganegara Indonesia.
Bagaimanapun, tiada penumpang dari tongkang tersebut dilaporkan cedera. – AP