Friday, October 11, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot nelayan diserang, 10 kru Vietnam cedera

    HANOI, 1 OKT – Sebuah bot nelayan Vietnam telah diserang di Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Paracel dan telah menyebabkan 10 kru cedera, kata media negara Vietnam hari ini.

    Bot nelayan Vietnam itu menghantar pesanan menerusi radio Ahad lalu untuk melaporkan serangan itu, berkata tiga nelayan mengalami patah anggota badan dan tujuh lagi cedera, kata seorang pegawai tempatan di komune Binh Chau di wilayah Quang Ngai menerusi akhbar Tien Phong.

    Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan bot yang menyerang bot nelayan Vietnam itu, dan pegawai komun memberitahu The Associated Press mereka tidak mempunyai maklmut lanjut berkenaan kejadian itu.

    Pengawal sempadan Vietnam sedang menyiasat kes itu tetapi masih belum memberikan sebarang maklumat.

    Kepulauan Paracel terletak kira-kira 400 kilometer dari pantai timur Vietnam dan jarak yang lebih kurang sama dari tenggara wilayah Hainan di China. – AP

    Gambar fail bertarikh 24 Mac 2023 menunjukkan kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke USS Milius (DDG 69) menjalankan operasi rutin yang sedang dijalankan di Laut China Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda