Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot nelayan langgar syarat lessen ditahan

    KOTA KINABALU, 19 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira 2.3 batu nautika dari Pantai Sabandar, dekat sini awal pagi tadi kerana melanggar syarat lesen.

    Timbalan Pengarah Operasi APMM Sabah, Kapten Maritim Asmawati Mohd Tujeri berkata pihaknya menahan bot nelayan berkenaan pada 3 pagi kerana didapati memukat tunda di kawasan kurang dari tiga batu nautika seperti yang ditetapkan dalam syarat lesen.

    “Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong bersama empat awak-awak warganegara Indonesia berada di atas bot tersebut dan apabila diperiksa didapati sebanyak 300 kilogram ikan pelbagai jenis di dalam bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata bot dan kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Jeti ZM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

    Asmawati berkata tangkapan itu berhasil ekoran daripada pemantauan berterusan yang dilakukan di kawasan tumpuan yang mana aktiviti berkenaan sering dilakukan.

    “Aduan orang awam juga salah satu daripada maklumat yang amat diambil berat oleh pihak APMM agar tindakan segera dapat dilakukan bagi membanteras perkara ini.

    “Oleh itu, kita menyeru kepada semua orang awam terutamanya komuniti maritim untuk terus menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang mencurigakan dengan memaklumkan pihak APMM melalui Pusat Operasi APMM Sabah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda