BOT, PBC jalin kerjasama Fintech

BANGKOK, 10 JUN – Bank of Thailand (BOT) dan People’s Bank of China (PBC) menandatangani perjanjian Kerjasama Fintech bagi menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kewangan.

Gabenor BOT Veerathai Santiprabhob dan rakan sejawatannya dari PBC Yi Gang, menandatangani perjanjian itu di Fukuoka, Jepun, semalam.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata menerusi perjanjian itu, BOT dan PBC akan bekerjasama dalam beberapa isu termasuk projek inovasi bersama dan penyelidikan, selain perkongsian maklumat serta penyelarasan kawal atur.

“Kedua-dua bank pusat itu merancang menggalakkan penggunaan inovasi dan teknologi bagi mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan produk dan perkhidmatan kewangan masing-masing,” katanya. – Bernama