Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Bot pendatang selamat ditunda ke pelabuhan

    ATHENS, GREECE, 24 NOV – Pihak berkuasa Greece berkata bot nelayan usang dipenuhi pendatang selamat ditunda ke pelabuhan selepas pengemudinya hilang di laut bergelora di selatan Crete membawa seramai 483 orang yang telah belayar dari Libya.

    Pengawal pantai berkata hari ini bahawa mereka yang berada di atas kapal itu adalah warga Syria, Mesir, Pakistan, Palestin dan Sudan dan termasuk 336 lelaki, 10 wanita, 128 lelaki dan sembilan perempuan.

    Mereka semua telah dipindahkan petang kelmarin ke sebuah feri yang berlabuh di selatan Crete untuk perumahan sementara.

    Para penumpang bersesak dalam bot nelayan sepanjang 25 meter (82 kaki) yang telah belayar dari Libya dan menuju ke Itali, kata pengawal pantai.

    Penumpang membuat panggilan kecemasan apabila kapal itu berdepan masalah dan hilang pengemudi semasa belayar di Mediterranean di luar pulau Crete di selatan Greece pada awal pagi Selasa.

    Operasi menyelamat besar dilakukan, melibatkan frigat Greece, dua kapal pengawal pantai, lima kapal dagang berhampiran dan dua bot nelayan berbendera Itali.

    Cuaca buruk, angin kencang dan laut bergelora, menghalang penum-pang daripada dipindahkan ke mana-mana kapal lain, dan bot nelayan itu akhirnya ditunda ke pelabuhan di tenggara Crete oleh salah satu kapal nelayan berbendera Itali. – AP

    Para pendatang melihat keluar dari bot nelayan yang berlabuh di pelabuhan Palaiochora di tenggara Crete, Greece. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...