Bot penumpang ditahan di perairan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 30 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot penumpang kerana melanggar peraturan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dalam ‘Ops Sejahtera’, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata juragan bot yang ditahan kira-kira pukul 4:40 pagi di perairan Kota Kinabalu itu didapati tidak memakai jaket keselamatan dan nama juragan tidak sama seperti di dalam lesen bot berkenaan.

Ketika kejadian, bot berkenaan tidak membawa penumpang. “Pemeriksaan lanjut ter-hadap bot berkenaan menemui satu tiub dan peralatan disyaki digunakan untuk menghisap dadah, dipercayai milik juragan berkenaan.

“Jurangan berusia 37 tahun dan bot berkenaan kemudiannya di di bawa ke jeti APMM Sepanggar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan di perairan daerah ini, termasuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah demi menjamin keselamatan penumpang. – Bernama