Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Bot Rohingya ditunda ke pesisir

    BIREUN, INDONESIA, 29 DIS – Indonesia hari ini mengatakan ia akan membenarkan puluhan pelarian Rohingya berada di pesisirnya selepas protes daripada penduduk tempatan dan komuniti antarabangsa berhubung rancangannya untuk mengusir mereka ke perairan Malaysia.

    Sekitar 100 orang terutamanya wanita dan kanak-kanak berada dalam bot kayu di luar wilayah Aceh tidak diterima berlindung di Indonesia, di mana pihak berkuasa kelmarin berkata mereka merancang untuk mengusir mereka ke negara jiran Asia Tenggara lain selepas membaiki bot mereka.

    Selepas mesyuarat sehari panjang hari ini antara para pegawai di bandar pesisir Bireun, Jakarta menarik balik langkahnya dan berkata bot pelarian itu akan ditunda ke pesisir atas dasar kemanusiaan.

    “Keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan keadaan darurat para pelarian dalam bot tersebut,” kata Ketua Pasukan Petugas Pelarian, Armed Wijaya. Bot Rohingya itu kini berada 80km dari Bireun dan akan ditarik ke pesisir, katanya tanpa menghuraikan lanjut mengenainya.

    “Di tengah waktu pandemik ini, semua pelarian akan menjalani pemeriksaan perubatan,” katanya, menambah bahawa pasukan petugas akan berkoordinasi bersama pemegang saham untuk menyediakan perlindungan dan logistik bagi para pelarian.

    Pihak berkuasa Indonesia telah mengesan bot kayu dua hari lalu, terkandas sekitar 70 batu nautika di luar pantai Indonesia, menurut komander tentera laut tempatan.

    Menurut salah seorang daripada anggota tentera, nelayan tempatan telah memaklumkan mengenai pelarian tersebut pada 25 Disember. – AFP

    Gambar bertarikh 27 Disember menunjukkan bot kayu membawa pelarian Rohingya selepas ia dipintas di luar perairan Bireun, wilayah Aceh. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...