QUITO, 24 APRIL – Sebuah bot skuba karam semalam di luar salah sebuah Pulau Galapagos di Ecuador tetapi tidak ada sesiapa yang cedera dan hanya mengalami kerosakan sedikit, menurut pegawai.
Bot itu sedang membawa 47 tong minyak diesel yang meninggalkan tumpahan, kata Kementerian Alam Sekitar.
Kejadian itu pertama dilaporkan oleh syarikat minyak Petroecuador, yang tidak menyatakan bagaimana minyak mungkin tetrumpah.
Taman Negara Galapagos mengesahkan penenggelaman kapal bernama Albatroz dan berkata ia digunakan untuk ekspedisi selam skuba di perairan pulau berkenaan, yang merupakan tapak warisan semula jadi yang dilindungi.
Bum pembendungan telah dipasang di sekitar kawasan kemalangan dalam usaha untuk mengawal tumpahan, kata syarikat.
Keempat-empat kru kapal berada dalam keadaan selamat, tambahnya.
Taman negara telah menggantung aktiviti pelancongan di sekitar bandar Puerto Ayora, lokasi ibu pejabatnya.
Terletak di Pasifik kira-kira 1,000 kilometer di luar pantai Ecuador, dan terkenal dengan kura-kura raksasanya, Galapagos adalah kawasan hidupan liar terlindungi dan tempat tinggal kepada spesies flora dna fauna yang unik. – AFP