Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Bot terbakar, mangsa melecur sehingga 30 peratus

-

SEMPORNA, 2 OGOS – Seramai tujuh pekerja sebuah pusat pelancongan selam skuba cedera dalam kejadian kebakaran sebuah bot di Dive Centre Floating, di sini, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10:30 pagi dan mangsa, empat pekerja warga teampatan dan tiga pendatang tanpa izin itu, berusia 18 hingga 36 tahun.

Beliau berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang menjalankan kerja pemindahan petrol dari tangki minyak ke dalam bekas di dalam bot sebelum berlaku letupan kecil, dipercayai bercampur dengan air, sehingga menyebabkan berlaku kebakaran.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa melecur antara lima hingga 30 peratus pada beberapa anggota badan dan kini mendapat rawatan di Hospital Tawau,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -