Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bot tunda disyaki karam di Pulau Mantanani

    KOTA KINABALU, 23 MEI – Sebuah bot tunda Mega Jaya 2, bersama tiga orang kru disyaki karam di posisi 35 batu nautika barat laut Pulau Mantanani di Kota Belud, semalam.

    Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata pemilik bot tunda tersebut telah membuat laporan polis pada 9:30 pagi semalam berkaitan kehilangan botnya yang disyaki karam.

    Beliau berkata tiga kru itu merupakan warga tempatan iaitu Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Joseph, 31, dan Yee Lih Min, 22, dipercayai berada di atas bot ketika kejadian tersebut berlaku.

    “Operasi Carilamat diaktifkan pada lebih kurang 11 malam semalam dengan mengatur gerak KM Bistari ke lokasi bot bagi melakukan pemantauan dan pencarian awal.

    Operasi Carilamat turut melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia, pada pagi ini.

    “Kawasan pencarian Mega Jaya 2 terbahagi kepada tiga sektor dengan keluasan 176 batu nautika,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...