Bot Vietnam bawa dua tan ikan ditahan

BATAM, INDONESIA, 29 JULAI – Indonesia telah menahan sebuah bot Vietnam membawa dua tan ikan yang beroperasi secara haram di perairannya, kata para pegawai hari ini, beberapa minggu selepas insiden kejar-mengejar di laut lepas.

Kapal pukat tunda bersama sembilan kru membuang jaring penangkapan ikan dan peralatan lain dari bot dan kemudian membakar tayar dengan harapan asap tersebut akan mengganggu pemburu mereka, kata pihak berkuasa maritim Indonesia.

Kapal itu kemudian melanggar kapal pengawal pantai Indonesia dan sebuah bot komersial yang melintas dalam bidaan gagal untuk melarikan diri, tambah mereka.

“Kami menembak meriam air ke arah bot tersebut untuk menghentikannya ketika ia cuba untuk lari,” kata jurucakap pengawal pantai, Wisnu Pramandita, menambah bahawa pihak berkuasa merampas dua tan ikan dalam bot tersebut.

Insiden itu berlaku pada Ahad dekat pulau Natuna Indonesia di pinggir Laut China Selatan namun hanya dimaklumkan hari ini.

Minggu lalu, Indonesia berkata ia telah menahan dua kapal Vietnam di kawasan sama berikutan pertikaian dramatik bersama puluhan kru yang terdesak untuk mengelak penangkapan. – AFP

Gambar bertarikh 26 Julai dan disiarkan 29 Julai menunjukkan pengawal pantai Indonesia menahan kapal nelayan Vietnam dekat pulau Natuna, Indonesia. – AFP