Botol plastik untuk tiket bas di Indonesia

JAKARTA – Puluhan orang kelihatan sedang memegang beg yang dipenuhi dengan botol plastik di sebuah terminal bas yang sibuk di bandar raya Surabaya di mana penumpang boleh menukar botol plastik itu kepada tiket perjalanan bas.

Negara tersebut dikenali sebagai negara kedua terbesar di dunia yang mengalami pencemaran laut di belakang China telah berjanji untuk mengurangkan sisa plastik di perairannya sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2025 dengan meningkatkan lagi proses kitar semula, menyemai kesedaran awam dan membendung penggunaannya.

Skim Surabaya itu telah mendapat sambutan khususnya di bandar raya yang mempunyai 2.9 juta penduduk, di mana hampir 16,000 penumpang memberikan botol plastik untuk perjalanan percuma setiap minggu, menurut pihak berkuasa.

Menaiki bas selama sejam dianggarkan bernilai tiga botol plastik besar, lima botol plastik sederhana atau 10 cawan plastik. Tetapi ia mestilah dibersihkan terlebih dahulu dan tidak boleh dikemikkan.

Penerimaan orang ramai sangat menakjubkan di mana mereka memasukkan plastik dalam empat tong di belakang pejabat kecil dan menuntut tiket bas mereka. Franki Yuanus, seorang pegawai pengangkutan Surabaya, berkata bahawa program itu bertujuan bukan sahaja untuk mengurangkan sampah akan tetapi juga untuk menangani kesesakan lalu lintas dengan menggalakkan orang ramai beralih kepada pengangkutan awam.

Ketika ini, terdapat 20 buah bas baharu, masing-masing mempunyai tong sampah dan pegawai tiket yang berkeliaran di lorong terminal bagi mengumpul botol-botol plastik. – AFP

Ketika ini, terdapat 20 buah bas baharu, masing-masing mempunyai tong sampah dan pegawai tiket yang berkeliaran di lorong terminal bagi mengumpul botol-botol plastik. Pihak berkuasa berkata bahawa kira-kira enam tan sampah plastik berjaya dikumpulkan dari penumpang setiap bulan sebelum dilelong kepada syarikat-syarikat kitar semula.

Nurhayati Anwar, salah seorang pengguna bas kira-kira sekali seminggu bersama dengan anak lelakinya yang berusia tiga tahun berkata bahawa program pertukaran sampah itu merubah persepsi bagaimana orang ramai melihat cawan dan botol mereka.

Manakala di bahagian lain di Indonesia pula, cuba terus menangani masalah itu.

Bali berusaha keras untuk menghalang penggunaan plastik dan beg plastik bagi membersihkan pulau tersebut daripada sisa buangan yang mencemari lautannya.

`Pihak berkuasa di Jakarta sedang mempertimbangkan undang-undang yang sama bagi menghapuskan penggunaan beg plastik di pusat-pusat membeli-belah.

Pihak kerajaan di seluruh dunia semakin giat mengambil langkah untuk membendung ancaman plastik sekali pakai.

Laporan 2016 oleh Yayasan Ellen MacArthur memberi amaran bahawa akan lebih banyak plastik dari pada ikan, di laut menjelang tahun 2050. Ia menganggarkan lapan juta tan plastik akan memasuki lautan setiap tahun. – AFP