Bottas atasi Hamilton

SHANGHAI, 14 April – Valtteri Bottas mengetepikan Lewis Hamilton untuk berada di kedudukan teratas bagi kejayaan Grand Prix China hari ini dalam penguasaan Mercedes di barisan depan.

Sebastian Vettel mencatatkan ketiga terpantas bagi pesaing Mercedes dari Ferrari bagi perlumbaan di Shanghai, grand prix ke-1000 dalam Formula Satu.

Bottas, yang mengetuai kejuaraan dunia dengan satu mata di depan pemegang gelaran, Hamilton selepas dua perlumbaan, mencatatkan masa terbaik satu minit 31.547 saat. Ia hanyalah 0.023 saat di depan Hamilton, pemandu dari Britain itu bergelut bersama pasukan Mercedes dan menyuarakan kebimbangan mengenai penguasaan kelajuan lorong lurus Ferrari.

Mercedes jelas memiliki ketajaman di bahagian selekoh. “Kereta tersebut begitu bagus pada hujung minggu ini dan Lewis juga banyak berkembang dalam kelayakan, ia begitu hampir,” kata Bottas dari Finland, yang mula untuk merangkak keluar dari bayang–bayang rakan sepasukannya yang lebih dikenali.

Vettel, juara dunia sebanyak empat kali yang menjadi tumpuan selepas beberapa kesilapan pada musim lalu, ketinggalan 0.301 saat di belakang Bottas.

Pemandu dari Jerman itu kali ini mencatatkan kedudukan lebih baik daripada rakan sepasukannya Ferrari yang lebih muda, Charles Leclerc, yang berada di kedudukan keempat di atas grid dan gagal untuk menyaingi kedudukannya kali terakhir di Bahrain.

Di tempat kelima adalah Max Verstappen dari Red Bull dan keenam rakan sepasukannya, Pierre Gasly.

Pemain muda dari Belanda, Verstappen berang selepas kesesakan menghalangnya mencatatkan masa terakhir, pusingan penting dan menujukkan kemarahannya dalam mesej yang dipenuhi dengan kata makian menerusi radionya.

Sementara di tempat ke-7 dan ke-8 adalah dua pemandu Renault terdiri dari Daniel Ricciardo, pemenang tahun lepas di China dan Nico Hulkenberg. – AFP

Pemandu Mercedes Valtteri Bottas memandu keretanya semasa Grand Prix Formula Satu di Shanghai kelmarin. – AFP