Bottas catat masa terpantas

ABU DHABI, 29 NOV – Pemandu Mercedes Vatteri Bottas mencatatkan masa terpantas hari ini dalam sesi latihan pertama untuk musim akhir Grand Prix Abu Dhabi.

Bottas mencatat .535 saat mendahului pemandu Red Bull Verstappen dam .634 saat di hadapan meninggalkan rakan sepasukannya Lewis Hamilton. Hamilton merangkul kejuaraan dunia keenamnya dalam dua perlumbaan yang lalu, dan meraikannya dengan menukarkan nombor 44 kepada nombor satu pada bonet keretanya.

Sebelum tamat sesi di litar Yas Marina, Sebastian Vettel hilang kawalan terhadap Ferrarinya semasa pusingan ke-19 dan terbabas ke penghalang litar. Terdahulu, pemandu Renault Daniel Ricciardo terhenti apabila mengalami kegagalan enjin menyebabkan minyak tumpah ke dalam litar. Terdapat sesi latihan kedua yang dijadualkan hari ini. – AP

Pemandu Mercedes Lewis Hamilton mengendalikan kenderaannya semasa latihan pertama di litar Yas Marina di Abu Dhabi. – AP