Bottas kekal bersama Mercedes sehingga 2021

LONDON, 7 OGOS – Valtteri Bottas telah menandatangani perjanjian baharu bersama Mercedes, yang akan mengekalkan khidmat beliau bersama pasukan Formula Satu itu sehingga penghujung musim 2021.

Pemandu kelahiran Finland yang bersedia untuk perlumbaan ulang tahun ke-70 Grand Prix di Silverstone, 30 mata di belakang rakan sepasukan Lewis Hamilton dalam kejuaraan dunia.

Musim depan akan menandakan kempen ke-5 Bottas bersama dengan Silver Arrows.

Masa depan Hamilton masih belum ditentukan tetapi dijangka pemenang juara dunia enam kali akan kekal bersama Mercedes.

Bottas, yang menduduki tempat ke-2 di belakang Hamilton tahun lalu, akan menyertai Mercedes pada tahun 2017 dan setakat ini mencatat lapan kemenangan dari 12 kedudukan hadapan bersama pasukan.

Valtteri Bottas telah menandatangani perjanjian baharu bersama Mercedes sehingga penghujung musim 2021.- AP

Pemandu berusia 30 tahun, yang memenangi pusingan pembukaan musim ini di Austria, berkata, “Saya sangat gembira kekal bersama Mercedes hingga 2021 dan kami telah membina lebih banyak kejayaan bersama.”

“Beberapa tahun kebelakangan merupakan penambahbaikan yang berterusan, bekerja dalam setiap aspek prestasi saya,” tambahnya.

“Saya yakin bahawa hari ini saya lebih hebat berbanding sebelum ini, tetapi saya sentiasa mampu mencabar diri saya. Sejak saya meminati F1 ketika kanak-kanak, ia adalah impian saya untuk menjadi juara dunia suatu hari nanti.”

Ketua Mercedes, Toto Wolff berkata, ”Kita telah menyaksikan Valtteri yang terhebat pernah disaksikan tahun ini – dalam segi persembahannya dalam litar, dan juga dari segi fizikal dan mental.

“Saya yakin bahawa kami mempunyai dua pemandu yang terhebat dalam F1 dan penandatanganan Valtteri adalah langkah yang penting untuk mengekalkan kehebatan itu untuk masa depan.” – AFP