SWITZERLAND, 8 FEB – Setelah sekian lama menjadi pemandu kedua bersama pasukan Mercedes, Valtteri Bottas kini menikmati kedudukannya sebagai pemimpin Alfa Romeo.
Pemandu Finland itu berada dalam musim kedua bersama pasukan Formula Satu selepas digantikan oleh George Russell di Mercedes.
Zaman kemuncaknya berakhir selepas lima musim di mana dia memenangi 10 perlumbaan dan menduduki tempat kedua terbaik selepas Hamilton yang memenangi 50 perlumbaan dalam tempoh yang sama untuk menyamai rekod tujuh gelaran dunia.
Bottas menunjukkan kepantasan yang sebenar dalam kelayakan dan bersaing dengan kuat pada masa-masa tertentu dengan Hamilton, tetapi pada hari perlumbaan jelas sekali dia pemandu rangking kedua.
Kini Bottas yang berusia 33 tahun sedang membantu untuk membawa yang terbaik daripada rakan sepasukan Zhou Guanyu yang berusia 23 tahun, yang juga dalam musim kedua bersama Alfa Romeo.

Dia memperolehi 38 mata daripada enam perlumbaan pertama, termasuk penamat terbaik di tempat kelima di Grand Prix Emilia-Romagna, di mana dia hampir memintas Russell pada pusingan terakhir untuk tempat keempat.
Daripada memanfaatkan permulaan musimnya, dia mengharungi keputusan suram dalam 10 perlumbaan berturut-turut tanpa mata sebelum menduduki tempat ke-10 di Mexico dan kesembilan di Brazil menjelang akhir musim dan mengumpul 49 mata.
“Kami perlu mencapai lebih banyak, ia semudah itu. Kami perlu menyasarkan lebih baik, menyasar lebih tinggi. Seluruh pasukan, termasuk saya sendiri,” katanya. “Bagaimana untuk ke sana, itu yang sukar.”
Tetapi Bottas, yang meraikan sedekad dalam F1 tahun ini, sudah bersedia dari segi mental.
Ujian pramusim berlangsung di Bahrain dari 23 hingga 25 Februari dan musim bermula di sana pada 5 Mac. – AP