NURBURG, JERMAN, 11 OKT – Valtteri Bottas telah menamatkan aksi lima kali berturut-turut berada di petak hadapan Lewis Hamilton selepas merebut kedudukan tersebut di litar Grand Prix Eifel kelmarin.
Hamilton buat seketika berada di carta teratas selepas memintas Max Verstappen dalam sesi ketiga, tetapi rakan sepasukannya, Bottas memecut ke hadapan beberapa saat kemudian dengan masa yang tidak dapat ditewaskan, terpantas dalam kesemua tiga sektor di litar Nurburg.
“Ia adalah perasaan yang sangat hebat apabila anda melakukannya pada pusingan terakhir,” kata pemandu dari Finland tersebut, menambah perlumbaan di pusingan terakhirnya sebagai ‘sempurna’.
Bottas mengalahkan masa yang dicatat oleh Hamilton dengan 0.256 saat dan Verstappen dengan 0.293 saat. Ferrari menemui semula sedikit rentak mereka selepas perlumbaan yang mengecewakan, dengan Charles Leclerc melayakkan diri di kedudukan keempat dan Sebastian Vettel berada di kedudukan ke-11.
Pasukan-pasukan mara ke pusingan kelayakan dengan sedikit maklumat mengenai keadaan litar berbanding sebelumnya selepas cuaca buruk mengganggu sesi latihan pada Jumaat lalu, menyebabkan hanya tinggal satu jam sahaja untuk menyediakan litar untuk perlumbaan kelmarin. Ia sangat mencabar bagi pasukan untuk bersaing dengan keadaan tayar mereka di perlumbaan yang sejuk di kawasan barat Jerman.
Perlumbaan hari ini mungkin akan berlangsung dengan suhu lapan darjah Celsius, menjadikannya salah satu perlumbaan yang paling dingin dalam tempoh beberapa tahun.
“Jika keadaan bertambah sejuk dari masa ini, saya akan berlumba dengan memakai selendang,” menurut Hamilton dengan nada berjseloroh selepas pusingan kelayakan.
Cuaca yang sejuk telah menyebabkan tayar kereta susah untuk menjadi panas, yang mana ia akan menyebabkan sukar untuk membelok. Memandu dengan perlahan di belakang kereta keselamatan jika berlakunya kemalangan akan menyebabkan tayar menjadi lebih sejuk. Namun, dengan cuaca tersebut ia mungkin membenarkan pemandu untuk menggunakan set tayar yang sama untuk masa lebih lama. – AP