Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Boustead, Bee Motors rai pelatih tamat latihan selepas jualan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Boustead Sdn Bhd dan Bee Motors Sdn Bhd buat kali pertamanya telah mengadakan Majlis Tamat Pengajian Selepas Jualan pertama yang berlangsung Grand Hall, Hotel Mulia, malam tadi.

    Majlis tamat pengajian tersebut diadakan bagi meraikan penerima anugerah yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai jenis latihan.

    Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee berkata, “Terdapat lebih 50 penerima anugerah dan jumlah ini membuktikan hala tuju yang positif ke hadapan Boustead Sdn Bhd.”

    Beliau menambah, latihan teknikal berkenaan memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari lebih lanjut dan mendekatkan diri dengan kereta.

    “Ini adalah latihan yang mengembangkan awda menjadi peminat automobil dan menyediakan awda untuk mewakili industri automobil pada tahap yang seterusnya.

    “Sebagai ahli industri automobil, ia merupakan satu penghormatan dan faedah untuk melengkapkan diri anda dengan pengetahuan teknikal yang akan bertahan selama-lamanya,” ujarnya kepada para penerima anugerah pada majlis tersebut.

    Lim Jin Lee bergambar ramai bersama para penerima anugerah yang diraikan pada majlis di Grand Hall, Hotel Mulia.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...