Boustead pelawa uji kehebatan almera terbaharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Pengedar utama kereta Nissan, Boustead Sdn Bhd mempelawa orang ramai mengalami sendiri prestasi dan kehebatan kereta Nissan Almera terbaharu melalui uji pandu yang bermula hari ini sehingga awal Mac ini di Beribi dan Belait.
Nissan Almera yang baharu dilancarkan mempunyai ciri-ciri intelligent mobility bersedia untuk diuji pandu orang ramai.

Selain menguji kehebatan dan prestasi kenderaan tersebut, orang ramai juga akan menerima cenderahati selepas melakukan uji pandu.

Nissan Almera serba baharu ini didatangkan dengan enjin turbo 1.0L yang menghasilkan 152Nm tork, peningkatan 13 peratus daripada model terdahulunya dan ia mempunyai dua spesifikasi iaitu Almera Turbo S yang datang dengan kelas premium dan Almera Turbo iaitu kelas standard model berkenaan.

Ia juga menawarkan warna-warna menarik seperti Radiant Red, Monarch Orange, Black Star, Storm White, Gun Metallic dan Brilliant Silver.

Orang ramai melihat lebih dekat model terbaharu Nissan Almera semasa sesi uji pandu di Beribi, kelmarin.
Para pelanggan diberi peluang menguji pandu Nissan Almera.