Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boustead perkenal ‘The Super Carry’

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Syarikat Boustead Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Suzuki di Negara Brunei Darussalam mencatat sejarah tersendiri apabila memperkenalkan kenderaan komersial ringan (LCV) pertama, ‘The Super Carry’ di bilik pameran syarikat berkenaan.

    Kenderaan tersebut direka bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam meningkatkan atau memudahkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mencapai produktiviti secara maksimum dalam penggunaan seharian.

    ‘The Super Carry’ yang dihasilkan di Jepun mempunyai penampilan sebuah pikap yang kukuh dan bergaya. Dengan berkonsepkan sebuah kenderaan mesra pengguna, ia memiliki ruangan yang luas seperti ruang penyimpanan serba guna, kotak penyimpanan berkunci dan pemegang botol bagi pemandu dan penumpang,

    Selain mudah digunakan dan selesa, model ini menawarkan ruang kabin yang luas untuk keselesaan pemanduan jauh.

    The Super Carry mempunyai penampilan sebuah pikap dan dikuasakan enjin 1,196cc dengan transmisi 5-kelajuan.

    ‘The Super Carry’ mampu membawa kapasiti seberat 7,750 kilogram dengan ‘load bay’ berukuran 1,488mm sesuai bagi pengusaha PMKS.

    Dikuasakan enjin 1,196cc dengan transmisi 5-kelajuan, enjinnya mampu mengurangkan penggunaan bahan api dan kenderaan dibina untuk jangka lama.

    Para pelanggan boleh menyaksikan kenderaan komersial tersebut di bilik pameran terbaharu Suzuki@Gadong yang mempunyai kemudahan lengkap dengan suasana berbeza daripada bilik pameran yang lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda